Thursday, 9 July 2015

cara nak famosukan blog


1. Perihal alamat surat-menyurat.
Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahamitetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:

www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com

OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

2. Tajuk belog hebat.
Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatianorang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.

3. Tajuk entri mengancam
Ini seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?

4. Isi entri setimpal.
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T

5. Perkara yang harus dielakkan.
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".


6.Lirik lagu.
Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletaklirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.


7. Kosa kata yang luas.
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.


8. Perihal gambar.
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.

9. Perihal gambar 2.
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik danhave the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.


10. Tema.
Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon denganbackground YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.
11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.
Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!


12. Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.



13. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'.

14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)


Semoga bermanfaat dan dapat naikkan trafik blog kita bersama sama Aamiin :)

Krung fun facts

Krung biologically fun facts :P

1) aliah tak boleh kenyitkan mata kiri dan kanan 
sadiss ~ dianggap sel otak tidak berhubung oleh rakan rakannya kerana tidak boleh kenyit kan mata 

2) benci minuman berkafein mahupun coffee 
akan mengalami denyutan jantung selaju 180 km/j dan kadar metabolisma nya menjadi sangat tinggi jika minum kafein selain itu turut mengalami perpeluhan serius mengalahkan atlet sukan renang negara *eh ? 
Maka si krung jarang sekali minum kafein atau coffee. Nescafe 3 in 1 si krung dalam locker sudah berusia setahun masih belum disentuhnya . Tamat tempoh apa belum juga tidak diketahuinya .

3) sleep talker
kuat mengigau budak ni
mohon si suami tampar bagi sedar *eh belum kawen kah!

4) blood group A holla !

5) seorang yang obsesse haaa hati hati sekali I obsesse dgn u lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku 😲 * tehee takdelah gurau ja jgn ambik serius naa.

Krung random facts :P

1) sangat menggemari makanan minuman berasaskan susu baginya susu sangat awesome ! Dahlah berkhasiat boleh menghasilkan pelbagai produk tak gitu ?
Nanti hantaran kawen bagi susu boleh * wink wink :)
oh shushu ~ kyaaa !

2) her favourite number is 9

3) benci giler lipas terbang dia menganggap lipas terbang itu gilaaa * dah kenape kau terbang tak tentu hala laju nak mam*** pulak tu sekali dengan dengan aku naik sawan !

4) she love to cook meggi for her younger brother like everyday she will. Letak telur ayam sebijik heaven uolsss

5) and she always attracted to fair skin guy
erkk..krik krik okeh fakta seterusnya puhliss ~

6) walaupon pemikirannya lambat matang tapi percayalah dia semakin matang *tolonglah percaya please!

7) pernah mengajak 3 orang rakan untuk bermadu hahaha yg ni konfem cakap tanpa berfikir haizzz~ mohon fikir baek baek

8) pernah menjadi mangsa buli sekumpulan budak lelaki yang sangat @$!#
sedih ouhh fikir balik pasal ni rasa nak bagi penampar buaya  je sekor sekor takpa kita doa yg baik baik semoga Allah beri petunjuk jadi manusia berguna Aamiin .

to be continued ~



Wednesday, 8 July 2015

Smokey eyes first attempt

Assalamualaikum :)

Kononnya hari ni aliah nak ajar cara make up smokey eyes tapi .. aliah rasa fail lah huhu ..aliah make up tak jadi . Ni sebenarnya first attempt aliah try buat smokey eyes plus takde bahan make up yg mencukupi membuatkan peratus tak jadi tu sangat tinggi .
Ni haaa hasil make up nye ..


Smokey eyes kan selalunya orang pakai eye shadow hitam en ..takde hitam punya pasal biru aliah belasah .. macam mata burung merak dah jadinya .


Bagi make up mata burung merak ni cara caranye senang sahaja , cuma perlu amalkan prinsip sesuka hati . Prinsip apa adik adik ? Haa prinsip sesuka hati . Suka hati kamulah nak make up macam mana pun nak pakai warna selain biru pun boleh .. nak lukis warna warna pelangi dekat mata pon boleh sambil menyanyi lagu pelangi pelangi alangkah indahmu ,merah kuning hijau dilangit yang biru ,pelukis mu agung siapa yang gambar , pelangi ciptaan Allahu Akbar :)
.. ikut sukalahh..


Tapi kan apa yg penting cara make up di atas ni tak perlukan bulu mata palsu ye adik adik .. mudah kan ? Dahlah boleh buat sesuka hati tak yah pakai bulu mata palsu lagi Masha Allah sistur ~
oh lupa kalian boleh pakai contact lense untuk menaikkan aura mata kalian supaya shining blink blink tapi gamba kat atas ni aliah tak pakai ..
Bahan bahan pun mudah je :


Bedak dgn krim safi ni aliah jadikan sebagai base make up .. selain tu boleh jugak guna bb cream fungsi nya sama saja iaitu nak menutup noda .
okeh seterusnya


Selepas siap buat base boleh lah oleskan mascara dekat mata eh sebelum tu pakai eye curler dulu then pakai mascara .Lepas tu biar kering dulu baru letak eye shadow .
Nak effect lagi mantap sapu eyeshadow pakai brush supaya tidak comot.
Macam dalam gambar kat atas tu aliah tebal kan kening sikit . Then da siap ! Mudah cepat dan ringkas . Tapi kalau korang rasa biru tuh over tukar kepada hitam atau coklat gelap .



Nanti lain kali aliah buat lagi smokey eyes sebsbnya mmg minat sangat make up mata smokey eyes effect mata ala ala lebam tu mmg terbaik dan mampu menutup lingkaran hitam bawah mata .


Terima kasih sudi baca !

Tuesday, 7 July 2015

Hakak2 hadekhadek habang2

Assalamualaikum :)

Hudoh pulak tajuk ni tapi takpe kalian abaikan tajuk diatas teruskan dgn isi isi penyampaian hokeh :-)

Haritue...eh takyah nak haritue sangatlah dah lama da ni benda yang nak dicerita ni..okey lah dulu dulu masa bulan april kot kos aliah ada buat lawatan pergi pusat jagaan kanak kanak . Masha Allah mmg super pengalaman tu sebabnya jumpa  budak budak kan so rasa dia tu lain macam . Kitaorang pergi pusat jagaan kanak kanak dlm upm ni je tapi sumpah mewah tempat dia ...aliah dulu tadika atas kedai kedai je kampung lagi huhi tapi syukur tetap jugak membesar jadi manusia dgn elok tehee~

Waktu masuk tu kagum seyh budak budak ni belajar tempat high class . Aliah cakap kat kawan amboi sekolah depa dashat noh ..kawan balas tu lah aku dulu tadika pon tak masuk kah ! *okey yg part ni tipu je ..


Nah . Dapat adik angkat sorang . Nama asal rifqy panggil kiki omey angat !
Kiki baru 4 tahun . Tengoklah rambut kiki tu pakai rejoice tau kalah weolss.
Waktu ni aliah tgh ukur tinggi kiki .
Kiki diam tanda patuh kakak cantik .

Setelah dicatat dianalisis tinggi berat kiki Alhamdulillah kiki sihat , growth chart menunjukkan perkembangan kiki normal .Kiki ni pendiam . Akak tanya sepatah sepatah dia jawab bila akak tanya dua tiga patah sepatah jugak dia jawab tanyalah bnyak bnyak patah pon tak kan lebih sepatah dia jawab.


Comel en adik ni tapi tak ingat lah nama apa ..

Jeles pulak tgk pak cik zul ni dapat adik hensem pandai flip hair lagi .
Kelas kau jah ! Bila aliah pandang nak kenyit mata kat dia dia flip hair kat kite dulu kau hmmm ..nampak tak permainan dia kat situ ?



Haaa cekik akak tu kuat kuat
Muka nampak dah tu geram ya amat


Dietician batch 10 .
walaupun perjalanan kita penuh onak duri selagi kita saling berpegangan tangan In Shaa Allah semuanya dipermudahkan .
Kita ta kuad awaa sorang sorang 👭👬
Aamiin :)

Psstt~☆dalam banyak banyak lelaki kos diet ni aliah takde minat sesapa pun ..aliah minat abang abang 

Thanks for reading!


Monday, 6 July 2015

DIY pencuci muka homemade

Hello hye
Assalamualaikum :-)

Siapa kat sini obses untuk cantik
angkat tangan angkat tangan !!
haaa ni harini krung nak share homemade facial cleanser :D
Selalu kan homemade masker dengan scrub muka je kan jadi harini krung nak ajar cara buat pembersih muka *mohon hepi bertepuk tampar semua yeay !
Okeh sebelum tu nak share sikit cara membersih muka dengan betul. Jangan gosok pencuci muka tak kisah jenama apa homemade ke factory made ke semasa muka anda masih basah .Seelok eloknya lap dahulu dengan tuala sehingga kering sebab apa , kalau gosok pencuci muka diatas muka yang masih basah dikhuatiri pencuci muka tadi tak dapat nak bersihkan kulit muka dgn effisien .Tips yang kedua selepas selesai cuci muka jgn lap muka dengan kasar menggunakan tuala .Lebih baik biarkan muka kering sendiri atau pun lap dgn tuala secara perlahan lahan . Takut nanti lap kasar muka cepat kedut .Tips ni aliah dapat dari beauty show rancangan tv korea .Bnyak lagi tips sebenarnya tapi next entry aliah cite lagi .
okeh sekarang mari kita belajar cara nak buat facial cleanser menggunakan ..
jeng jeng jeng ...baking soda ♡
Kalau google bersepah je cara nak buat benda alah ni .. walaupun ada segelintir yang cakap tak bagus guna baking soda tapi bagi aliah lah ... boleh je kot sebulan sekali buat sebabnya aliah rasa berkesan baru je tadi cuba sendiri ahaks pantas dan effiecient !
Tanpa melengahkan masa mari aliah perkenalkan bahan bahan yang diperlukan :
1) baking soda


2) mangkuk @bowl pilih salah satu saje yang penting jgn guna besen sebab nya kita bukan nak buat untuk satu minggu tapi sekali pakai je okeh .


3) air suam sikit je

Itu sahaja untuk bahan bahan seterusnya masukkan 3 sudu teh baking powder kedalam mangkuk berisi air suam tadi . Lepas tu kacau kacau sebatikan then dah siap . Senang je dan sangat berkesan no more oily skin :D

Tips tambahan :
♢basuh muka secara berperingkat ikutlah nak buat 2 atau pun 3 kali basuhan
♢ kalau terkena mata cepat cepat bilas air

Mula mula tu aliah tak nak share pun pembersih muka guna baking soda ni tapi disebabkan berkesan share jugaklah . Buat lah sebulan sekali jangan buat setiap hari rosak kulit .
Ni gamba selepas hmm gamba sebelum tak yah la kot letak sini terkejut pulak nanti anda semua 


tu je lah untuk hari ni tata ~
Assalamualaikum .

Thanks for reading !