Friday 28 August 2015

Perlu ke pakai pencuci alat sulit ?

Hello !

Baiklah hari ini bersamaan dengan bulan zodiak virgo tahun kambing 2015  hati Aliah ini bergetus getus suruh bukak satu forum perbincangan " Perlu ke pakai pencuci alat sulit ? "

Since sekarang ni media massa ,cetak dan eloktronik masing masing sibuk nak mentarbiah minda masyarakat khusus wanita supaya menjaga kesihatan miss V mereka.

Tapi persoalannya perlu ke ??
Sebelum itu ...

Masyarakat perlu tahu !
1)Badan manusia sebenarnya turut didiami oleh sejenis hidupan digelar normal flora yang mana membantu dalam sistem pertahanan badan untuk melawan serangan makhluk jahat seperti kuman , virus , fungi  dan bacteria pathogen yang seangkatan.
2)Ini bermaksud miss V kita juga turut tidak terkecuali didiami normal flora yang baik ini.Mereka inilah yang menjaga mengawal kawasan sekitar miss V agar tidak dicerobohi oleh musuh .
3)Miss V turut mempunyai PH yang tersendiri iaitu berasid yang mana lain dari kawasan kulit anggota tubuh yang lain.
4)Miss V tidak boleh sewang wenangnya dibasuh dengan sabun mandi harian anda.

Maka dengan ini saya ingin membawa masyarakat untuk berfikir adakah patut kita membersihkan miss V dengan pencuci pencuci ini ? Tak membunuh normal flora ke kalau buat macam tu ?Apa kesan kalau kita selalu guna pencuci alat sulit ni , boleh rosakkan kulit sekitar miss V ke ?

Maka, anda perlulah menjadi seorang pengguna yang bijak .Ya atau tidak terpulang kepada anda .Tapi !!  jika anda merasakan ia sebagai satu keperluan , ingat tips ini ...

Elakkan penggunaan cecair khusus pembersihan organ intim secara rutin kerana akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Bila terlalu sering dipakai, justru akan membunuh bakteria baik dalam faraj, yang selanjutnya akan mencetuskan tumbuhnya cendawan. Akibatnya, muncul gatal-gatal di kawasan organ intim. Selain itu pilihlah produk yang mengandungi PH yang sesuai untuk alat sulit dan diperbuat dari bahan  se natural natural mungkin , yang penting lulus KKM .

Nota kaki : ewahhh ayat~ habis skema aku buat ! kah !Pershaitonkan semua tu yang penting masyarakat tahu =)
Fakta fakta tu semua aliah dapat semasa dalam kuliah microbiology so terjamin kesahihan =D Laalalala~




10 comments:

Nadratul Syazwana said...

Nad kalau ada budget lebih baru beli! Haha! T_T

Syahidah Fadilah said...

pssstt.. nk join perbincangan hangat ni, hee *open table.. kebersihan kawasan tu mmg kne sentiasa titik beratkan..

fifie feyca said...

interesting!

Unknown said...

ada guna jugak tp nasib lah tak selalu..:)

Siti Aisya Ibrahim said...

betol jugak kan, xboleh pakai selalu... lgpn kalau nk beli pencuci intimo tuh, seeloknya check pH level dia la kan... :D

Siti Yang Menaip said...

skali skala.. sebab tak suka sngt texkture..
tp kena juga guna.. jgn selalu ja..

E'in said...

memang perlu..

Mummy MM said...

Dulu jarang guna tapi bila dah terbiasa guna, rasa macam kekurangan kalau tak guna.

http://angellovesoldier.blogspot.my/

Zurainny Ismail said...

Ada org sesuai, ada yg tak. Dulu2 pernah guna, tapi mgkn bahan x sesuai, dpt uncomfortable reaction, so trus stop.

MisakiPureBlood said...

OMG nice topic ahahahahaha XD

nice sharing btw :3

Geng OTAKU IS HERE~ hehehee