Friday 28 August 2015

Bila nak kahwin ?

Sumpah nak kawen lambat baq hangg ! Aku nak kahwen lambat ! Nak kahwen lambat ! kahwen lambat ! lambat !! ..... !! 
Huishh hang da kenapa tak dak guruh kilat tup tup jerit nak kawen lambat ??
Awat ni ??

Begini cite nya ,,, cek ni sebenarnya teringin nak kawen muda time time macam ni awal 20 an ,teringin la nak ada anak yang mana nanti bila dia da besaq cek ni nampak seolah olah kakak kepada beliau , teringin la jugak nak merasa kawen semasa belajar elak maksiat katakan  , teringin nak jadi nenek yang mana cucunya nanti kelihatan seakan akan anak sendiri , teringin jugak nak merasa  nikmat kawen muda orang kata kawen muda ni seronok betoi ka ?  *ewaahhh ! Gatai pulak minah ni .

Tapi .. tak pa lahh cek kuburkan dahulu hasrat keropok murni ni , bak kata orang tak semua apa yang kita impikan tu boleh dapat .Aliah ada impian yang lagi besar nak digapai , pertama nya tentulah nak tolong mak ayah dulu * ek eleh ayat cliche
memanglah nampak cliche tapi ni lah kenyataan .

Tolong mak ayah di sini juga beerti tolong berjayakan diri sendiri dahulu , then dengan kejayaan tu gembirakan mak ayah .Skop kejayaan tu luas , dapat segulung ijazah ka bukak bisnes sendiri ka , jadi anak yang soleh ka apa apa sahaja yang positif dan memberi impak yang baik kepada mak ayah dan adik beradik .

Pernah suatu hari tu , aliah tanya seorang kawan "linda teringin dak nak kawen awal ?" saja tanya tanya minta pendapat memandangkan si kawan ni memang seorang yang bijak dan matang tidak seperti si penanya soalan ini *ouh sadis !

"Teringin tu teringin tapi kita kena tengok keadaan famili kita sendiri , nanti bila da kawen ada jaminan ke tak akan menyusahkan mak ayah ?
 "Jangan ingat diri ja fikir orang lain sama "

Jawapan dari bibir mungil linda seolah olah tepat mengenai lubuk jantungku , " dush!" makan dalam .Aliah tak nafikan kalau lah aliah ambik keputusan kawen awal ,dengan mana nya yuran pengajian pon harap kan ptptn , duit makan mak ayah tangung , suami pulak student hmm pusing pusing menyusahkan parents jugak .Lain lah kalau aliah datang dari familiy yang berada .

Ada yang cakap jangan risau lepas kawen rezeki mencurah curah ,,, baiklah aliah tahu itu janji Allah pasti benar tapi disini Aliah letakkan tanggungjawab terhadap parents sebagai satu keutamaan "Redha Allah terletak pada redha mak bapak ". Fullstop 

Mak Aliah dah awal awal lagi warning "kalau dah kawen nak kena tanggung parents dia lagi parents sendiri lagi , kita ni bukan orang senang "Aliah tersentak jugak dengar mak cakap macam tu , bagi nasihat seolah olah Aliah ni nak kawen esok lusa ,,,rupa rupanya mak cakap macam tu sebab sepupu Aliah ( perempuan , umur kitaorang sama , masih belajar ) nak disunting oleh BF beliau . 

So mak pon bagilah warning awal awal , takut anak dia buat perangai , bila fikir fikir balik lawak jugak mak aku nihh haha .

Konklusinya , Aliah akan perkukuhkan kewangan *ada aset rumah banglo sendiri sebijik ka , ready mental fizikal dulu ada calon yang sesuai baru bangunkan khemah , nasi minyak on kah !  
Oh ya satu lagi , Aliah takut senanya nak share entry ni kat pesbuk dek tajuk yang terlalu extreme *oh gosh ! 

-------- Tamat --------

2 comments:

Siti Aisya Ibrahim said...

hhaahahha... jgn sebut byk2 kali aliah, nk kawen lmbat... nnt jd betol2 susah tau...ahahahah :D semoga hajat baik aliah nk balas budi makayah tercapai, InsyaAllah :D hv a nice wikend dear

Siti Yang Menaip said...

eheheh bila smpai jodohnya kan.. mmg otometik kita akan jadi super ready nak kawen.. rilek Aliah.. muda lagi =)