Wednesday 19 August 2015

Gemok itu tidak comel melalui pandangan seorang pelajar dietetik.

Assalamualaikum and hi guys !

Okey disebabkan aliah rasa blog sheiskrung ni terlampau banyak merapu dan melaghakan pembacanya maka mulai detik ini aliah nak up kan post post yang lebih bermanfaat yang mana berkaitan dengan bidang dietetik iaitu lebih fokus kepada  pemakanan dan kesihatan Huyohhhh ~ tak sangka aliah da nak berhenti merapuu *ini merupakan salah satu keajaiban dunia ! mohon semua pembaca terpegun !



tapi ~ disamping itu aliah jugak masih menaip kisah kisah peribadi untuk dijadikan sebagai selingan  =) *harap harap serangkap ayat diatas merupakan berita baik buat kalian huhu ye ke ? ~zz z

***


" Kamu adalah apa yang kamu makan "


Saya menyeru kalian untuk sentiasa berpegang teguh dengan ungkapan diatas !

Eh ! kau dah kenapa nak suruh aku berpaksikan ungkapan tuh ? Kau tahu tak selama ni aku mengamalkan prinsip "Hidup untuk makan " Yeah ~ Hidup cuma sekali makan lah selagi boleh " ◄── hentikan ini 

OMG ! Rakan rakan berhentilah berkiblat kan "Hidup untuk makan " atau "Makan selagi boleh ".Ingat apa yang masuk dalam perut itu lah juga yang bakal menzahirkan keadaan kesihatan diri anda kelak .


 Bedasarkan apa yang aliah belajar ditahun pertama, penyakit penyakit kronik zaman sekarang seperti diabetes , penyakit cardiovascular , osteoporosis, dannn jugak obesiti kebanyakkannya berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat . Mesti ramai yang tak tahu bahawa obesiti sebenarnya tergolong dalam kelompok penyakit kronik . Dan bermula dari obesiti jugaklah penyakit penyakit lain seperti darah tinggi , kencing manis ( type2 diabetes ) , penyakit jantung , stroke, cancer , sleep apnea , masalah reproduktif , dan macam macam lagi berlaku . So kalau dibuat kesimpulan kecil disini penyebab utama masalah kronik ini memang berakar umbi dari tabiat pemakanan anda =)


Jum saya huraikan satu per satu 


1)Obesity ( anggap saja sebagai ibu segala penyakit ) - Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes ~ sumber asli dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia .




Kat sini aliah tak nak hurai maksud obesiti sebab semua orang pon dah faham apa itu obese dan macam mana obesiti berlaku . Jadi aliah nak tekan kan disini lupakan saja gemuk itu comel okey =)

Walaupun pemakanan merupakan faktor utama tapi faktor seperti genetik keturunan dan kurang aktiviti fizikal jugak memainkan peranan .


2)Penyakit Kardiovascular - pendek kata ini berlaku disebabkan pengumpulan lemak yang menyumbat laluan saluran darah sekitar jantung , otak disebabkan pengambilan lemak tepu dan tinggi kandungan lemak LDL dalam makanan .Saluran darah (artery) yang tersumbat dan semakin mengeras itu boleh menyebabkan strok.Tengok tu lepas satu satu masalah boleh timbul . Semuanya berkait macam adik beradik .Scary betul !




3)Diabetes -pengambilan gula berlebihan , interaksi antara cell badan dan hormon insulin yang tidak berfungsi dengan baik , merupakan antara punca utama .


4)Tekanan darah tinggi - antara penyebab ialah obese, keturunan , pengambilan alkohol yang berlebihan, serta tekanan ( stress) .



Older man measuring his blood pressure.

Tengok ! Terlampau manis , tinggi kolestrol , kandungan nutrisi yang sedikit , protein yang berlebihan semua mengundang penyakit.Hmm..dunia mmg tak adil * eh awak salahkan dunia pulak , sebenarnya awak sendiri yang perlu ambil tahu dan bertindak untuk mencegah . Kalau bukan diri sendiri siapa lagi ?


So sekarang apa perlu kita lakukan untuk elak penyakit penyakit bahaya ni ?

1)Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu contohnya : 




Sebaik baiknya pilihlah makanan yang TINGGI LEMAK HDL RENDAH LDL seperti:


2)Kawal pengambilan gula dan garam dalam hidangan harian anda , kurang lebih baik =)
Baca label kandungan garam dan gula dalam makanan yang hendak dibeli. Jika lebih 1.5 gram garam bermakna kandungan garam tinggi. Kurangkan juga membeli makanan prosesUntuk kurangkan garam dalam masakan kerap memasak secara kukus atau bakar selain mengurangkan jumlah kandungan gula dan bahan perasa dalam masakan seperti sos cili dan kicap. Gantikan bahan perasa dengan herba semula jadi seperti lada hitam dan bahan asli seperti buah-buahan dan sayuran.

3)Amalkan makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang !

4) Dan jangan lupa untuk exercise =D
Kalau bab exercise ni aliah tak suka jogging , aliah akan ganti dengan menari heheh, aliah pasang lagu dalam bilik then menari ikut suka hati sorang sorang depan cermin .Nak tahu apa faedah menari ? Korang boleh bakar lemak dengan cepat pastu menjadikan bentuk badan kita lebih cantik ramping S line gitu dan juga yang paling penting tak boring =)

 akhir kata , bila awak dah tahu pasal ilmu pemakanan yg aliah share ni makanya awak kenalah amalkan dan tolonglah tengok tengok kan parents kita , kawal pemakanan diorang. Semoga kita bersama sama menjaga kesihatan diri dan orang tersayang =D

Nantikan tips seterusnya daripada saya jumpa lagi Assalamualaikum .
Thanks for reading ! 
-sumber rujukan utama
health risk of overweight and obesity  &  diet , nutrition and prevention of chronic disease 









7 comments:

Cik nadya said...

fuhh. dahnyaaa kuat makan. tp sejak pose da kureng kot.. sgt takot ngn penyakit2 diatas. alahai..

Pykaa Pdott said...

Takot plak kita baca . hehe

YatieOwner said...

hehe. PG da makin kuat makan since beberapa bulan ni. adui. nak kembali ke bentuk asal. macam tak boleh da ni T_T sob!

morning aliah. PG singgah awal pagi dan $$$ 3 ketul kat sini ;)

fifie feyca said...

morning aliah.. fie singgah baca entry ni.. hik3..
haish kne jaga jaga always ni... hik3

dyanzakhi said...

Makanan sedap salunya tak berapa baik utk kesihatan. :)

yoorinmelacolea said...

penyakit2 yg disenaraikan tu muungkin sekrg xde effect lg.. kesan jangka masa panjang.. huh..takut..... marilah amalkan pemakanan yg sihat

Hani Othman said...

Ini post yang menarik.. tq for sharinggg