Tuesday 5 August 2014

Boikot biarlah secara bijak jangan seperti orang tiada otak



Khairil Amri Tajuddin TV Alhijrah

Idea memboikot produk dan perkhidmatan Israel tu sangat bagus. Tetapi cara perlaksanaan atau 'execution' tu janganlah sampai terlalu keterlaluan sangat.
Saya ada membaca seorang hamba Allah meludah di kaunter Mc'd baru-baru ini sebagai tanda protes dan boikot. Saya fikir dia tak ada adab dan cara dia sememangnya salah serta tidak bertamadun.


Saya juga ada terlihat gambar seorang lelaki memakan makanan yang dibawa sendiri di restoran Mc'd. Saya saya perbuatan dia tu tak kena tempat.
Dan ada juga yang mengadakan 'ceramah' dihadapan restoran Mc'd di Perak. Kenapa perlu sampai macam tu?

Apa perasaan anda apabila orang lain membuat ceramah dengan memasang speaker di depan restoran 'Ayam Penyet' (contohnya) milik anda dan berkata hasil keuntungan restoran tu, anda salurkan pada geng kongsi gelap (walaupun memang betul). Tapi anda akan marah tak?
So pandangan saya, kita boleh boikot apa pun barangan dan perkhidmatan Israel. Tetapi buatlah secara diam-diam dan tak perlu berkompang sampai dengar sekampung.


Saya rasa kesan boikot secara senyap akan lebih menampakkan impak daripada bising boikot sana-sini tapi awak masih minum Starbucks atau letak gel rambul loreal untuk turun ke kempen boikit Israel.
Mulakan secara sikit-sikit, InsyaAllah lama-lama terbiasa lah nanti.
Tapi jangan la jadi bodoh pergi buang shampoo Loreal yang dalam bathroom tu. Gunalah sampai habis dulu, lepas tu belilah jenama lain.


Wallahu'alam.


copy and paste dari tuan punya nama di atas sebab saya rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan pandangan beliau dalam isi boikot memboikot ..semoga apa yg beliau sampaikan memberi sedikit sebanyak input kepada kita agar berfikir sebelom mengambil apa apa tindakan =)


2 comments:

nor_farihan said...

betul2...macam akak pun guna habis dulu apa ada kt umah ni,idok lah terus buang...akak menabung sony :)

Sakinah said...

Boikot kene tgk keperluan dan tempat. Mana kita tahu yg makan kat mcd tu sebenarnya dah boikot 9 dari 10 produk. Cuma mcd je dia tak dapat boikot lagi. Yg kita ni baru nak boikot 1 produk dah kecoh. Yg penting tindakan harus selari dengan keadaan semasa dan keperluan diri kita