Kisah hidup
Saya pula jenis tak suka baca buku, Mak saya hantar saya ambil a-level kat Taylor Kolej, saya tak habis belajar, Sejak tu juga saya fikir saya kena kerja kuat sebab saya tak berpendidikan tinggi macam orang lain. Saya pernah bekerja dari pukul 9 hingga 6 petang, keadaan itu sangat menyiksa saya. Memang bila kita kerja risiko dia kurang berbanding berniaga sebab setiap hujung bulan kita dapat gaji, socso dan juga KWSP, tapi kalau you ada pendidikan tinggi tak apalah dapat gaji tinggi, tapi kalau macam saya yang cuma ada a-level sahaja itupun tak habis, saya cuma dapat gaji dalam seribu lebih sahaja, manalah cukup nak hidup kat KL ni.
Waktu tulah saya mula mencari pendapatan sampingan, setiap hujung minggu saya akan buat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat2 kerja, agensi swasta dan kerajaan, di samping buat bengkel saya jual produk kecantikan dan kesihatan. Masa saya buat bengkel tu saya tidaklah mengenakan harga yang mahal, saya cuma kenakan yuran sebanyak RM 5- RM10 sahaja, Tapi masa saya buat bengkelah, saya jual produk-produk kecantikan. Setiap kali saya buat bengkel pendapatan saya lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. Selepas dah banyak kali saya menjual produk orang, saya mula rasa daripada saya jual produk orang lebih baik saya jual produk saya sendiri, Maka tercetuslah idea untuk buat produk saya sendiri.
Selain itu, masa tu juga saya ada kedai jual produk kesihatan, 5 tahun lepas saya ada 2 kedai produk kesihatan tapi sekarang saya dah ada 6 kedai produk kesihatan. Setiap daripada kedai kesihatan yang saya ada pendapatannya lebih kurang RM15 hingga RM30 ribu sebulan. Manakala untuk produk di Herbs pula, pusingan produk sebulan adalah lebih kurang dalam RM1 juta.
Pada saya, untuk berjaya di dalam bisnes, bukanlah mengambil masa sehari dua. Malah minat dalam bidang bisnes mestilah semenjak dari kecil lagi. Biar kita ajar anak kita bersusah payah sikit. Baru dia tahu susah nak cari duit, dan dia tahu macam mana nak cari duit. Bukan tahu menghabiskan duit semata-mata.
Kehidupan berumahtangga
Berkahwin pada usia yang masih terlalu muda iaitu 19 tahun, tidak pernah menimbulkan kekesalan kepada diri Aliff Syukri.Kini telah tujuh tahun beliau melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tersayang yang kata beliau, banyak memberikan sokongan dan tabah menghadapi apa sahaja dugaan.Perkenalan bermula ketika sama-sama menjadi model Sunsilk. Dua tahun menjalin hubungan cinta akhirnya mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri.Menurutnya, dahulu semasa belum berkahwin, beliau menganggap perkahwinan itu senang tetapi selepas melaluinya sendiri tidaklah semudah yang disangka.Baginya, untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga, suami isteri harus memiliki persefahaman, cekal, menghormati antara satu sama lain dan tahu tanggungjawab masing-masing.
“Saya bersyukur mempunyai isteri seperti Nur Shahida. Tiada wanita yang sebagus dan sesabar dia. Dia menjadi tulang belakang saya. Banyak tanggungjawab saya, dia yang laksanakan seperti mendidik anak.
“Dia begitu faham dengan keadaan saya yang terlalu sibuk dan kerap pulang lewat,’’ kata bapa kepada tiga orang cahaya mata, Ammar Ahyan, 6, Qadejah El-Zahra, 4, dan Ibraheem Adnam, setahun.Aliff Syukri yang ingin memiliki seorang lagi anak menambah, masa bercuti bersama keluarga adalah masa untuk melayani kerenah anak-anak.
Sehingga kini mereka sekeluarga telah bercuti ke Vietnam, Istanbul, Australia, Indonesia, Jepun, Hong Kong, China dan London. Minggu hadapan pula mereka sekeluarga akan menunaikan umrah.
No comments:
Post a Comment