Showing posts with label tips untuk cantik. Show all posts
Showing posts with label tips untuk cantik. Show all posts

Friday, 28 August 2015

Perlu ke pakai pencuci alat sulit ?

Hello !

Baiklah hari ini bersamaan dengan bulan zodiak virgo tahun kambing 2015  hati Aliah ini bergetus getus suruh bukak satu forum perbincangan " Perlu ke pakai pencuci alat sulit ? "

Since sekarang ni media massa ,cetak dan eloktronik masing masing sibuk nak mentarbiah minda masyarakat khusus wanita supaya menjaga kesihatan miss V mereka.

Tapi persoalannya perlu ke ??
Sebelum itu ...

Masyarakat perlu tahu !
1)Badan manusia sebenarnya turut didiami oleh sejenis hidupan digelar normal flora yang mana membantu dalam sistem pertahanan badan untuk melawan serangan makhluk jahat seperti kuman , virus , fungi  dan bacteria pathogen yang seangkatan.
2)Ini bermaksud miss V kita juga turut tidak terkecuali didiami normal flora yang baik ini.Mereka inilah yang menjaga mengawal kawasan sekitar miss V agar tidak dicerobohi oleh musuh .
3)Miss V turut mempunyai PH yang tersendiri iaitu berasid yang mana lain dari kawasan kulit anggota tubuh yang lain.
4)Miss V tidak boleh sewang wenangnya dibasuh dengan sabun mandi harian anda.

Maka dengan ini saya ingin membawa masyarakat untuk berfikir adakah patut kita membersihkan miss V dengan pencuci pencuci ini ? Tak membunuh normal flora ke kalau buat macam tu ?Apa kesan kalau kita selalu guna pencuci alat sulit ni , boleh rosakkan kulit sekitar miss V ke ?

Maka, anda perlulah menjadi seorang pengguna yang bijak .Ya atau tidak terpulang kepada anda .Tapi !!  jika anda merasakan ia sebagai satu keperluan , ingat tips ini ...

Elakkan penggunaan cecair khusus pembersihan organ intim secara rutin kerana akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Bila terlalu sering dipakai, justru akan membunuh bakteria baik dalam faraj, yang selanjutnya akan mencetuskan tumbuhnya cendawan. Akibatnya, muncul gatal-gatal di kawasan organ intim. Selain itu pilihlah produk yang mengandungi PH yang sesuai untuk alat sulit dan diperbuat dari bahan  se natural natural mungkin , yang penting lulus KKM .

Nota kaki : ewahhh ayat~ habis skema aku buat ! kah !Pershaitonkan semua tu yang penting masyarakat tahu =)
Fakta fakta tu semua aliah dapat semasa dalam kuliah microbiology so terjamin kesahihan =D Laalalala~




Wednesday, 26 August 2015

Tips jimat Bb cream anda =)

Assalamualaikum.

Selalunya bb cream ni mahal sikit , lagi popular jenama lagi mahal harga bb cream .Contoh antara Maybelline dengan silky girl , silky girl lagi murah dia punya bb cream around Rm 18 ++ compared Maybelline Rm 20 ++ so kalau nak jimat bolehlah beli time sale dekat Guardian ke Watson ke mana mana lah outlet berdekatan . Selalunya sale 15 % je kecuali lah time raya or apa apa hari gempak merdeka ke hari wanita sedunia ke hari lahir aliah krung ke *eh ?? ada ke orang nak buat sales har jadi aku ? teheee ~ mohon guardian pertimbangkan =D

Selain anda berjimat dengan hanya membeli semasa promosi diadakan , aliah nak kongsi satu tips macam mana nak jimat kan lagi bbcream anda.Yeay !!
Tips ni aliah dapat dari salah satu rancangan Tv korea " Lets get beauty ".


Anda cuma perlu ada satu bb cream satu krim pelembap muka .Contohnya kat sini aliah ada clear smooth bb cream maybelline dan jgak aloe vera gel . Campurkan sahaja kedua dua krim tadi dalam nisbah 2 pelembap : 1 bb cream. 

Step 1 

Step 2


Step 3

Mudah dan ringkas bukan?!

Dengan terhasilnya campuran ini kulit anda mendapat manfaat 2 dalam satu . 


SELAMAT MENCUBA ~

Tuesday, 25 August 2015

Riview Red Pomegranate produk korea

Assalamualaikum ,

Semalam aliah selongkar kotak merah (definisi kotak merah mengikut kamus aliah krung = sejenis kotak yang mana digunakan oleh aliah untuk menyimpan segala macam produk kecantikan dan kesihatan beliau ) pastu tengah tengah syokk selongkar terjumpalah satu lotion ni beli dah lama cuma tak pakai . Nama losyen tu Red Pomegranate Whitening Lotion.Nak bagitahu brand produk pon aliah tak tau sebabnya tulis bahasa korea huh ! 

Losyen ni spf 50 uolsss ~ so sangat bagus sebagai perlindungan dari sinaran UV ala ala sunblock gituuu .

Dengan hati berkobar kobar aliah pon search la dalam internet apa itu " Red Pomegranate Whitening Lotion " dan cara penggunaan .Awat hang tak baca direction kat belakang produk tu ja buat rajin pi search bolehh ,, ouhh baca direction kat belakang eh ? erm..ermm bahasa korea apaada hal ?!!Cettttt ~

Katanya losyen ni boleh pakai kat satu badan , muka pon boleh .Jadi aliah mengambil inisiatif untuk terus pakai kat muka mana tau boleh nampak glowing putih kemerah merahan sebanya losyen ni krim dia warna pink so kalau pakai kat muka mesti comeyyy .Ahakkks  !





 Tempek satu di dahi satu di dagu dua di pipi , 

Muka yang gumbira setelah disapu losyen pomegranate 

wangian Ros membuatkan Muka terasa seperti Rossalinda ayamore ! ayamore ~ 

Apa yang best krim ni pertama tama nya wangi uolssss ~ and then , bila pakai muka terasa seolah olah diselaputi lapisan krim yang mana mampu memberikan nutrient secukupnya kepada kulit awwee disamping wangian Ros bermain main disekitar hidung . Best ! 

Tapi yang kureng sikit pasal produk ni krim tu terlampau kesat so susah nak rata kan , yang lain lain oke no hal . Lama lepas pakai tu muka aliah start naik biji biji merahh kat dahi dan tepi pipi . Bukan salah produk tapi kulit aliah jenis sensitip so kalau pakai bukan bukan mulalah dia menunjukkan belang haizzzz ~ Nasib baik lah ada si bawang putih . So kat sini tipsnya ialah anda boleh gunakan hirisan bawang putih untuk hilangkan baby baby jerawat .

Ada yang cakap tak berkesan langsung habis melepuh kulit muka ,, hmm...hai cik akak cara awak pakai bawang putih tu salah sebab tu kulit melepuh. Jangan sesekali anda tumbuk bawang putih dan sapu ke muka . A big NO ! 

Apa yang aliah buat cuma hiris bawangputih nipis nipis dan sapu sikit sikit getah tu dekat tempat yang ada baby jerawat . Ingat just tempat yang ada jerawat je tau =D



Alhamdulillah , semalam aliah pakai pagi ni jerawat tak sempat naik =)
Tapi apa yang tak best , muka mmg akan bau busuk dan rasa pedih sikit masa pakai . Alah ni benda kecik je nih , nak cantik lautan api sanggup ku redah .

Thanks for reading !


Tuesday, 18 August 2015

3 langkah asas penjagaan kulit

Assalamualaikum and hello guys

Jadi harini aliah ingin berkongsi dengan korang semua 3 langkah asas penjagaan kulit.
Hmm..ala common la benda ni semua oarng pun tahu lah cara nak  bersihkan kulit muka oh waiittt jangan cakap macam tu lagi dengar dulu apa yang aliah nak kongsikan ni bagi yang dah tahu mantapkan lagi yang belum tahu anggap sebagai ilmu baru.
okeh
KIta tahu rata rata kulit manusia terdiri daripada pelbagai kombinasi jenis kulit contohnya
kulit normal, kering , berminyak ataupun boleh jadi kombinasi yang diatas dan tak lupa jugak ada yang berkulit sensitif.
Tapi tahukah anda walau apa pon jenis kulit yang anda miliki langkah langkah asas penjagaanya tetap sama.
Langkah yang pertama , membersih
Sekurang kurangnya 2 kali sehari pagi dan malam dengan membersih dapat menghilangkan kotoran serta lebihan minyak yang melekat pada kulit.
Seterusnya menyegar
tapi untuk apa kita gunakan penyegar tak cukup ke dengan membersih muka je ?
haa jawapanya senang sahaja fungsi penyegra ialah untuk menutu semula liang liang roma yang terbuka selepas kita mencuci sebentar tadi seterusnya mengecilkan pori pori di wajah .

Akhir sekali tak lengkap lah kalau hnya mencuci dan menyegar haruslah menggunakan pelembab juga.Kulit yang lembap menampakkan kulit wajah kita lebih sihat dan tidak terlihat kusam .

Aliah rasa setakat itu sahajalah perkongsian aliah untuk kali ini .
moga moga bermanfaat jumpa lagi minggu hadapan , Assalamualaikum.

tadaaa... sebenarnya ni tugasan untuk kem media. Setiap peserta kena menghasilkan satu karya tak  kisahlah nyanyian ke journal ke puisi ke apa apa lah ..so aliah pon dengan semangatnya buat la satu recording suara pasal cara asas  penjagaan kulit .Tapiii elok je seminggu nak masuk kem , aliah tak gi pon kem tu huh hangat hangat tahi ayam ja si aliah niii .





Wednesday, 8 July 2015

Smokey eyes first attempt

Assalamualaikum :)

Kononnya hari ni aliah nak ajar cara make up smokey eyes tapi .. aliah rasa fail lah huhu ..aliah make up tak jadi . Ni sebenarnya first attempt aliah try buat smokey eyes plus takde bahan make up yg mencukupi membuatkan peratus tak jadi tu sangat tinggi .
Ni haaa hasil make up nye ..


Smokey eyes kan selalunya orang pakai eye shadow hitam en ..takde hitam punya pasal biru aliah belasah .. macam mata burung merak dah jadinya .


Bagi make up mata burung merak ni cara caranye senang sahaja , cuma perlu amalkan prinsip sesuka hati . Prinsip apa adik adik ? Haa prinsip sesuka hati . Suka hati kamulah nak make up macam mana pun nak pakai warna selain biru pun boleh .. nak lukis warna warna pelangi dekat mata pon boleh sambil menyanyi lagu pelangi pelangi alangkah indahmu ,merah kuning hijau dilangit yang biru ,pelukis mu agung siapa yang gambar , pelangi ciptaan Allahu Akbar :)
.. ikut sukalahh..


Tapi kan apa yg penting cara make up di atas ni tak perlukan bulu mata palsu ye adik adik .. mudah kan ? Dahlah boleh buat sesuka hati tak yah pakai bulu mata palsu lagi Masha Allah sistur ~
oh lupa kalian boleh pakai contact lense untuk menaikkan aura mata kalian supaya shining blink blink tapi gamba kat atas ni aliah tak pakai ..
Bahan bahan pun mudah je :


Bedak dgn krim safi ni aliah jadikan sebagai base make up .. selain tu boleh jugak guna bb cream fungsi nya sama saja iaitu nak menutup noda .
okeh seterusnya


Selepas siap buat base boleh lah oleskan mascara dekat mata eh sebelum tu pakai eye curler dulu then pakai mascara .Lepas tu biar kering dulu baru letak eye shadow .
Nak effect lagi mantap sapu eyeshadow pakai brush supaya tidak comot.
Macam dalam gambar kat atas tu aliah tebal kan kening sikit . Then da siap ! Mudah cepat dan ringkas . Tapi kalau korang rasa biru tuh over tukar kepada hitam atau coklat gelap .



Nanti lain kali aliah buat lagi smokey eyes sebsbnya mmg minat sangat make up mata smokey eyes effect mata ala ala lebam tu mmg terbaik dan mampu menutup lingkaran hitam bawah mata .


Terima kasih sudi baca !

Monday, 6 July 2015

DIY pencuci muka homemade

Hello hye
Assalamualaikum :-)

Siapa kat sini obses untuk cantik
angkat tangan angkat tangan !!
haaa ni harini krung nak share homemade facial cleanser :D
Selalu kan homemade masker dengan scrub muka je kan jadi harini krung nak ajar cara buat pembersih muka *mohon hepi bertepuk tampar semua yeay !
Okeh sebelum tu nak share sikit cara membersih muka dengan betul. Jangan gosok pencuci muka tak kisah jenama apa homemade ke factory made ke semasa muka anda masih basah .Seelok eloknya lap dahulu dengan tuala sehingga kering sebab apa , kalau gosok pencuci muka diatas muka yang masih basah dikhuatiri pencuci muka tadi tak dapat nak bersihkan kulit muka dgn effisien .Tips yang kedua selepas selesai cuci muka jgn lap muka dengan kasar menggunakan tuala .Lebih baik biarkan muka kering sendiri atau pun lap dgn tuala secara perlahan lahan . Takut nanti lap kasar muka cepat kedut .Tips ni aliah dapat dari beauty show rancangan tv korea .Bnyak lagi tips sebenarnya tapi next entry aliah cite lagi .
okeh sekarang mari kita belajar cara nak buat facial cleanser menggunakan ..
jeng jeng jeng ...baking soda ♡
Kalau google bersepah je cara nak buat benda alah ni .. walaupun ada segelintir yang cakap tak bagus guna baking soda tapi bagi aliah lah ... boleh je kot sebulan sekali buat sebabnya aliah rasa berkesan baru je tadi cuba sendiri ahaks pantas dan effiecient !
Tanpa melengahkan masa mari aliah perkenalkan bahan bahan yang diperlukan :
1) baking soda


2) mangkuk @bowl pilih salah satu saje yang penting jgn guna besen sebab nya kita bukan nak buat untuk satu minggu tapi sekali pakai je okeh .


3) air suam sikit je

Itu sahaja untuk bahan bahan seterusnya masukkan 3 sudu teh baking powder kedalam mangkuk berisi air suam tadi . Lepas tu kacau kacau sebatikan then dah siap . Senang je dan sangat berkesan no more oily skin :D

Tips tambahan :
♢basuh muka secara berperingkat ikutlah nak buat 2 atau pun 3 kali basuhan
♢ kalau terkena mata cepat cepat bilas air

Mula mula tu aliah tak nak share pun pembersih muka guna baking soda ni tapi disebabkan berkesan share jugaklah . Buat lah sebulan sekali jangan buat setiap hari rosak kulit .
Ni gamba selepas hmm gamba sebelum tak yah la kot letak sini terkejut pulak nanti anda semua 


tu je lah untuk hari ni tata ~
Assalamualaikum .

Thanks for reading !

Sunday, 11 January 2015

Kulit porcelain atau putih mulus ??

Assalamualaikum =)

Semua orang pon sedia maklum kan kulit manusia ni ada banyakk jenis okey saya repeat sekali lagi ada manyakkk jenis .Ada yang putih macam susu , ada yang putih kemerah merahan , ada  yang putih pucat , kuning langsat , porcelain , light brown , dark brown and sampailah ke warna black .

Tetapi menurut kajian rata rata wanita asia memiliki warna kulit Sawo Matang, Kuning Langsat, Putih Gading dan Hitam Manis.Macam ni haa..

                        
           Tapi harini saya just nak bahasakan dua jenis ni je porcelain type dan putih gading eh salah bukan bahasakan tapi bahaskan bahasa biar betol kak nanti ada yang salah faham ..baiklah lesson learnt.






 Mungkin dua gambar diatas sudah cukup untuk menerangkan apa itu jenis kulit porcelain ..apasal ni da makin skema ayat kesan lama sangat tak menaip blog mungkin ?urmm..senang cakap pocelain ni kulit tak berapa nak putih sangat tapi still gojess . Porcelain type ni mat salleh yang panggil tapi bagi kita orang melayu panggil kuning langsat . Contoh artis malaysia yang pada pendapat saya memiliki kulit porcelain yang cantik  calon calon nya ialah jeng..jeng..jeng 





Yes! Neelofa ..next artis yang memiliki kulit porcelain yang cantik ialah :




Yup fazura she deserve this !Muka berkerut baca novel pon masih maintain cantik .

Asyik bercakap pasal porcelain type skin je macam mana pulak dengan kulit putih mulus @gading ?
Mostly kulit jenis ni bnyak dekat jepun china dgn korea kalau dalam konteks malaysia ni agak jareng jareng nak ketemu melainkan kalau ada mix ye idok ?



Sekarang ni ramai sangat gadis remaja nakkan kulit putih mulus macam dalam 2 gambar kat atas ni ..cantik bukan tak cantik tapi makesure jangan sampai bahaya kan diri sebab bnyak produk memutihkan kulit kat pasaran sekarang mengandungi mercuri yang mana merupakan heavy metal ye awaa awaa semua bahaya untuk badan so pandai pandai lah memilih produk kalau boleh pakai yg made in malaysia dan diiktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia .

Ni ada sedikit contoh artis malaysia memiliki kulit putih mulus cantik nya mereka mereka ini ~








Konklusinya pada saya ialah tak kisah lah kulit putih ke hitam ke asalkan bersih sedap dipandang pon sudah memadai =) Nanti saya buat tips cara penjagaan kulit muka agar sentiasa nampak bersih dan berseri sebab ye lah kadang2 muka boleh nampak kusam kan ? tapi  mungkin lambat sikit nak up entry tu huhu tapi uolsss tunggu tau  ~ assalamualaikum